Loading...

Thursday, December 9, 2010

Salam Perkenalan

Bismillahirrahmanirrahim...

Buat pembuka bicara, saya sangat berbesar hati mengalu-alukan kawan-kawan dan para sahabat ke blog ini untuk berkongsi dan sedikit sebanyak menambah ilmu barkaitan penulisan khat / kaligrafi islam...

Kita semua tahu, kesenia ini semakin jauh ditinggalkan.. khususnya anak-anak muda masa kini. Moga dengan sedikit usha ini dapat membantu mengembangkan minat dan pengetahuan tentang khat. Saya bukan la penulis profasional, cuma sebagai hobi dan dengan sedikit minat apa salahnya dicurahkan dalam blog ni untuk tatapan dan perkongsian. 

Di sini saya akan memperkenalkan kaedah-kaedah penulisan untuk beberapa jenis tulisan khat seperti :

  • Nasakh
  • Thulus
  • Riqah
  • Diwani
Bermula dengan Khat Nasakh, saya akan tunjukkan kaedah penulisan huruf ke huruf agar saudara semua boleh sama-sama belajar dan memberi komen untuk kita sama-sama perbaiki. Jika panjang jodoh, kita akan sama-sama pelajari sehingga jenis-jenis tulisan yang lain tu.




Semoga para pengunjung blog ini sama-sama mendapat munafaat dalam perjuangan memartabatkan tulisan jawi khususnya kaligrafi islam.